Untaian kata wanita sholekhah

Kehormatan wanita terletak pada cara dia menjaga aurat.Jika aurat dijaga dengan baik,maka rasa hormat seorang Adam kepada Hawa juga menebal. Apabila ada sahabat yang mahu berhijab & berubah ke arah yang lebih baik,kalau tidak mampu jadi tulang belakang,jangan jadi batu penghalang. Wanita solehah cantik tanpa make up. Keserian wajahnya lebih cantik daripada wanita yang memakai make up. Wanita yang mendedahkan aurat bagi tontonan umum, balasannya: Memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka. Ustaz Azhar Idrus. Alasan tak menutup aurat sebab belum sampai seru. Kalau mati sebelum sampai seru macam mana? Percuma dapat tiket masuk neraka... Saya akan berhijab/menutup aurat nanti. Saya akan jaga solat nanti.Saya akan jadi Muslimah sebenar nanti. Nanti? Pasti? Kalau mati? Fikir... Dunia ini penuh dengan nikmat, tetapi satu pun tidak boleh lawan dengan nikmat perempuan yang solehah Perempuan jika ada teman lelaki yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang bimbing ke jannah bukan ke jahanam. Orang yang tidak solat akan dicabut seri dari wajahnya oleh Allah SWT.Walau secantik manapun rupanya,tiada nur di wajahnya.Jadi,solat lah... Perempuan tidak perlu bangga berpakaian 'mahal' kalau pakaian itu membuatkan perempuan itu nampak 'murah'. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna umpama pelangi yang cantik, indah mata memandang tapi tidak boleh disentuh. Lelaki bangga apabila isteri mereka cantik & seksi. Tanpa mereka sedari, kebanggaan itu yang mengheret mereka ke neraka... Yang berhijab,jangan pernah rasa kurang cantik bila menutupi apa yang sepatutnya,kerana hanya orang yang cerdik mampu melihat yang cantik. Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji. Tegurlah perbuatan maksiatnya. Orang cakap perempuan bertudung tak semua baik tapi harus diingat perempuan bertudung terlepas dari hukuman dedah aurat di akhirat nanti. Perempuan yang suka mendedahkan tubuh badan & tidak menutup aurat sebenarnya perempuan yang paling rugi. Wanita yang sosial jadi rebutan untuk dipermainkan & untuk berseronok. Tetapi wanita yang solehah tetap jadi rebutan untuk dijadikan isteri. Syurga seorang isteri adalah dibawah telapak kaki seorang suami. Syurga seorang suami adalah dibawah telapak kaki seorang ibu. Wanita muslimah yang menutup aurat sempurna itu sangat cantik tanpa make-up walau wajah penuh dengan rembesan keringat! Setiap lelaki suka melihat perempuan seksi. Tetapi apabila memilih isteri, mereka akan memilih perempuan yang tutup aurat. Fakta terkini. Wanita muslimah & solehah lebih banyak cabaran jika dibandingkan dengan wanita yang telah sesat dari Jalan Allah SWT. Tidak semua wanita berhijab itu solehah tapi wanita yang solehah pasti berhijab. Jaga iman, jaga solat, jaga akhlak dan jaga aurat. Perempuan yang memakai pakaian menjolok mata akan diberi pakaian kehinaan di akhirat nanti oleh Allah. Hadis Riwayat Ahmad,Ibn Majah. Orang yg memuliakan kaum wanita adalah orang yg mulia & orang yg menghina kaum wanita adalah orang yg tidak tahu budi. (HR. Abu 'Asaakir) Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang solehah akan membuka hati lelaki. Apabila dua insan yang bercinta mencintai Tuhan yang satu, maka mudahlah bagi mereka untuk bersatu. Pekerjaan yang paling banyak mendapat pahala bagi perempuan adalah menjadi suri rumah. Pahalanya melebihi segala pekerjaan lain dalam dunia. Menjadi wanita yang sangat dihormati adalah lebih baik berbanding menjadi wanita yang sangat diminati oleh kaum adam.

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Untuk Istri, Jika Bertengkar Dengan Suami Jangan Kabur, Apalagi Update Status

Untaian kata wanita sholekhah